Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak tidak menerima sebarang aduan baharu berkaitan laporan kemunculan seekor harimau belang berkeliaran berhampiran Kampung Kuala Kenering di Gerik.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan susulan pemasangan perangkap haiwan itu di lokasi tersebut.