MGPerak: Ladang Farm Fresh Perak Hasil Lebih 12 Juta Liter Susu Lembu Setahun

204

LARUT – Ladang Farm Fresh Perak di Pondok Tanjung, Selama yang mula dibangunkan pada 2020 merupakan antara fasiliti tenusu paling moden di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran 33,000 liter susu sehari.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad (Farm Fresh), Azmi Zainal berkata, mula beroperasi dan mengeluarkan hasil pada 2023, ladang berkeluasan 828 ekar itu kini menempatkan lebih 4,300 ekor lembu tenusu.

Menurut beliau, secara puratanya setiap seekor lembu berkenaan mampu menghasilkan sehingga 21 liter susu segar setiap hari. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini