MGPerak: Lapor Polis Isu Karikatur Badut: Bukti Pemimpin Pembangkang Hati Tisu – Woo Kah Leong

780

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong disiasat pihak polis berhubung karikatur menggunakan wajah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria disunting seperti badut, pada Isnin.

Peguam yang mewakili Kah Leong, Syahredzan Johan berkata, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak itu telah dirakam percakapan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Katanya, selain dirakam keterangan selama kira-kira 30 minit bermula pada jam 10.50 pagi, telefon bimbit dan kad sim milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu turut dirampas. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini