MGPerak: Lebih 2,000 Hadir Majlis Kenduri Rakyat DUN Bota

84

PARIT – Lebih 2,000 hadir memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota di pekarangan Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar Perak di sini, pada Ahad.

Orang ramai mula memenuhi khemah yang disediakan seawal jam 10 pagi diikuti ketibaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekitar jam 11.15 pagi.

Sebanyak tiga ekor lembu ditumbangkan dan dimasak gulai serta kari pada kenduri anjuran Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Bota itu.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Bota, Sarah Syazwani Saari berkata, kenduri rakyat tersebut diadakan bagi memberi ruang rakyat di DUN Bota berkumpul bersama keluarga, kenalan dan merapatkan silaturahim. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini