MGPerak: Lebih 90 Tahun Perang Meriam Talang Hidupkan Suasana Malam Raya

156

PADA asalnya permainan meriam di Kampung Talang, Kuala Kangsar, digunakan untuk menghasilkan bunyi kuat bagi menghalau haiwan yang mengganggu tanaman dan hasil tani penduduk.

Zaman berganti zaman, ia kemudian menjadi suatu tradisi sejak lebih 90 tahun oleh penduduk dalam meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, di samping penggunaan meriam buluh dan batang kelapa beralih kepada meriam besi.

Penduduk Kampung Talang, Mohd Yusry Mohd Desa, 39, berkata, dentuman demi dentuman meriam akan berkumandang melalui permainan meriam yang berlangsung pada malam menjelang Hari Raya Aidilfitri. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini