MGPerak: Lebih Ramai Bekas Ahli UMNO Dijangka Kembali Kepada Parti Selepas Aidilfitri – Saarani

65

UMNO Perak menjangkakan ramai bekas ahli dan pemimpin parti akan kembali menyertai parti itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi inisiatif itu parti terbuka untuk menerima kembali keahlian mereka namun ia dilaksanakan tanpa sebarang syarat.

Kata beliau, konsep tanpa syarat itu perlu dipatuhi termasuk tiada sebarang tuntutan bagi kedua-dua pihak dalam usaha penyertaan semula kepada UMNO. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #bekasahliUMNO #RumahBangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini