Ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat akar umbi dilihat masih ‘malu-malu kucing’ kerana masih belum dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun kedua-dua parti sudah menjalinkan kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun namun keserasian di peringkat akar umbi tidak seperti hubungan baik yang terjalin di peringkat atasan.