TAPAH – Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka mampu mencecah 1.82 juta kenderaan pada hari terakhir Op Selamat 23 yang diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 28 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, keadaan trafik menuju ke ibu kota juga masih terkawal walaupun pergerakan kenderaan agak perlahan di sepanjang lebuh raya ini. – MGPerak