MGPerak: Lelaki Samun Peniaga Kalung Bunga Diberkas

122

Polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes samun peniaga kalung bunga di anjung sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah, pada 28 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek terbabit ditahan di tepi Jalan Sungai Manik sekitar jam 10 malam pada 5 Februari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bekas pekerja bengkel tunda kereta itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes kecurian kabel di Chui Chak dan narkotik pada 2024. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini