LENGGONG – Beraya sambil menziarahi lokasi tumpuan pelancong adalah pendekatan yang dilakukan menerusi program ‘Lenggong Raya’ yang mengumpulkan penggiat pelancongan sekitar daerah ini.
Program anjuran Penggiat Pelancongan Lenggong ini melibatkan tujuh lokasi iaitu Rumah Tiang 16, Aki’s Gallery, Bukit Impian Retreat, Suka-Suka Retreat, Suak Saudagar Espresso, Jendela Sungai dan Amazing Camp Legacy.
Mereka yang menyertai program ini turut dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya antaranya laksa Johor, rendang daging, ketupat, lemang dan kuih muih. – MGPerak