Larut, Matang & Selama (LMS) FA muncul juara Liga Perak Sejahtera Piala Menteri Besar Perak 2024/2025 selepas menewaskan Kerian FA dalam perlawanan berlangsung di Padang Astaka Bunga Raya Majlis Daerah Lenggong, malam tadi.
Kemenangan itu diraih menerusi jaringan pembukaan oleh Mohd Irwan Ardi Putra Zainal Abidin pada minit ke-32 dan jaringan kemenangan dihasilkan Kapten LMS FA, Muhammad Amirul Izwan Mohd Baki pada minit ke-75. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak