Lebih 60 pemilik premis di Gopeng dan Beruas menjadi mangsa tuntutan kerugian Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mencecah sehingga jutaan ringgit ekoran penyewa yang menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin melalui pendawaian secara haram.
Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing berkata, selain tuntutan kerugian, ada antara pemilik premis perniagaan dan kediaman berkenaan sedang berhadapan dengan tindakan saman serta mahkamah.
Katanya, keadaan membimbangkan apabila jumlah tuntutan yang sedang dihadapi setiap seorang daripada mereka dianggarkan bernilai antara RM30,000 sehingga RM1.2 juta sedangkan kesalahan dilakukan penyewa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak