Seramai 2,027 calon daripada keseluruhan 27,943 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Perak didapati tidak hadir menduduki peperiksaan bagi pelbagai mata pelajaran.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah itu, Kinta Utara mencatatkan bilangan calon tidak hadir tertinggi dengan 587 orang calon.
Katanya, ia diikuti oleh Daerah Larut Matang Selama (309 calon), Manjung (250 calon), Batang Padang (141 calon), Hilir Perak (135 calon), Kuala Kangsar (118 calon), dan Hulu Perak (117). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak