Masalah liputan internet di dalam Terowong Menora Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah hampir setahun lalu akibat kerosakan peranti penguat isyarat (repeater) kini selesai.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, masalah itu berjaya diselesaikan susulan syarikat pengurusan menara telekomunikasi yang baharu menggantikan peranti penguat isyarat tersebut.
Menurutnya, peranti penguat isyarat jenama baharu yang berteknologi tinggi itu dipasang di pintu masuk terowong di kedua-dua arah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak