Selain terkenal sebagai Tapak Warisan Dunia, Lembah Lenggong turut menjadi antara saksi terawal penyebaran dan perkembangan syiar Islam di Negeri Perak.
Menjengah usia 484 tahun, Masjid Raja yang terletak di Kampung Chepor, dekat sini, merupakan masjid kedua tertua di Perak selepas Masjid Kampung Pachat di Manong, Kuala Kangsar.
Menurut penduduk tempatan, masjid yang mampu memuatkan sekitar 100 jemaah itu pernah menjadi nadi kepada perkembangan Islam di kawasan sekitarnya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak