MGPerak: MB Perak Tinjau Lokasi Tanah Runtuh Di Taman Bunga Raya, Tapah

203

 

Turun melihat sendiri lokasi tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah yang mengakibatkan paip air mentah milik Lembaga Air Perak bocor & rakyat terputus bekalan air baru-baru ini.
 
Syukur Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan paip telah pun dilakukan & isu gangguan bekalan air di kawasan Batang Padang & Hilir Perak telah kembali pulih sepenuhnya.
 
Saya telah mengarahkan Pegawai Daerah untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal serta agensi berkaitan bagi memasti & mengesahkan kawasan ini selamat untuk diduduki secepat yang mungkin.
 
Kita memahami akan kegusaran penduduk Taman Bunga Raya. Fokus kita sekarang ialah mahu memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
 
Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan jabatan & agensi terlibat bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan pemulihan dilaksanakan dengan segera.
 
Dalam masa yang sama, kita akan berikhtiar & mencari jalan bagaimana untuk meringankan beban penduduk yang terkesan.
 
Semoga urusan penduduk di Taman Bunga Raya ini dipermudah. Insha-Allah.
 
#PerakSejahtera2030
 
Kredit : Pejabat Menteri Besar Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini