Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy (Oscar) Tan Sri Michelle Yeoh dijangka hadir bagi memeriahkan perarakan yang akan diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) pada 3 Januari tahun depan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, turut hadir bersama pelakon tersebut adalah suaminya yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari, Jean Todt serta penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir.
Menurutnya, perarakan itu juga adalah bersempena pelancaran projek ‘I Lite U’ iaitu inisiatif pencahayaan hiasan bandar yang dirangka bagi memperkukuh identiti malam hasil kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PelancaranTMM2026 #MichelleYeoh





