SESIAPA sahaja dalam perjalanan ke Hulu Perak dengan melintasi Jambatan Raja Nazrin Shah, pastinya pandangan akan terpukau dengan keindahan Tasik Raban di Lenggong yang dikelilingi dengan bukit dan gunung menghijau.
Terletak kira-kira 75 kilometer (km) dari Bandar Raya Ipoh, Lenggong sememangnya kaya dengan khazanah warisan dan sejarah bukan sahaja negara, malah dunia. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak