MGPerak: Momen Keeta Buka Ruang Anak Muda Selami Dunia Piring Hitam

159

Memiliki lebih 1,000 keping piring hitam, Mardiati Rahim, 51, mengabadikan koleksinya itu dengan membuka sebuah kedai yang dinamakan ‘Momen Keeta’ di Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Bekas pekerja swasta itu mula berjinak-jinak mengumpul piring hitam artis tanah air dan luar negara sejak 20 tahun lalu meliputi pelbagai genre muzik.

Sebagai penggemar muzik analog dia bukan sahaja mengumpul piring hitam malah turut mempunyai koleksi kaset, cakera padat serta beberapa alat pemain analog yang masih berfungsi di kedai tersebut. – MGPerak

1 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini