MGPerak: Momentum Kukuh Capai Perak Sejahtera 2030

24

LENGGONG – Dilancarkan pada 15 Jun 2022, Pelan Perak Sejahtera 2030 menggariskan sembilan agenda utama kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

Sembilan agenda yang digaris melibatkan Sekuriti Makanan, Ekonomi Digital, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data, Koridor TVET Malaysia, Perlombongan Bertanggungjawab, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti, serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Perak kini berada pada momentum yang kukuh dalam menjayakan sembilan agenda utama yang digariskan bagi memacu sosioekonomi negeri itu menjelang tahun 2030. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini