IPOH – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan diberi tanggungjawab bagi mengetuai sebuah jawatankuasa di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Syed Abu Hussin akan berperanan membantu kerajaan dalam menangani soal kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jualan Termurah Madani Barangan Basah dan Kering di Taman Klebang Restu, di sini, pada Ahad.
#malaysiagazetteperak #mgperak #pm #jualantermurahmadani