MGPerak: Nahas Gerik: Ribuan Hadir, Hujan Lebat Iringi Bacaan Tahlil Perdana UPSI

84

Hujan lebat mengiringi Majlis Tahlil Perdana Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dianjurkan untuk mangsa insiden nahas jalan raya di Gerik, pada Isnin.

Majlis yang dianjurkan di Dewan Tuanku Canselor, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, itu disertai 5,000 orang terdiri dalam kalangan pemimpin, pensyarah, kakitangan dan pelajar.

Antara yang hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini