Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1.7 juta bagi disalurkan kepada waris dan mangsa nahas jalan raya melibatkan pelajar institusi terbabit di Gerik, setakat Isnin.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sumbangan yang disalurkan menerusi Tabung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin yang dilancarkan UPSI itu berjaya dikumpul dalam tempoh seminggu.
Katanya, antara penyumbang kepada tabung berkenaan termasuk 40 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta tempatan, agensi kerajaan, badan korporat serta badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut beliau, sumbangan itu merupakan manifestasi keprihatinan, solidariti dan simpati seluruh rakyat Malaysia terhadap keluarga mangsa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak