MGPerak: Nahas Helikopter Terhempas: Kru Terdiri Daripada Tujuh Lelaki, Tiga Wanita – KP Perak

538

LUMUT – Identiti 10 kru yang maut dalam nahas melibatkan helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi ini sudah dikenal pasti yang terdiri daripada tujuh lelaki serta tiga wanita.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Basri berkata, semua mangsa terlibat kini dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT) di dalam Pangkalan TLDM di sini untuk proses pengecaman sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini