MGPerak: Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Diminta Henti Keluar Kenyataan, 18 Individu Direkod Keterangan

244

IPOH – Polis telah merekodkan keterangan 18 individu bagi membantu siasatan nahas di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di sini yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mereka yang telah diambil keterangan melibatkan 13 pelajar UPSI, suami isteri yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, doktor forensik Hospital Gerik dan pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, polis masih belum merekodkan kenyataan daripada pemandu bas, yang masih menerima rawatan di Hospital Taiping. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini