MGPerak: Nenek Enam Cucu Antara Yang Memeriahkan Keretapi Sarong 2024

98

IPOH – Nenek kepada enam cucu antara yang turut bersama-sama memeriahkan Keretapi Sarong 2024 (KS24) yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh di sini pada Sabtu.

Fatimahtul Zuhrara Saad, 58, dari Meru Raya berkata, walaupun program tersebut sudah berlangsung selama dua tahun di Ipoh, dia baru pertama kali berpeluang untuk menyertainya pada edisi ketiga tahun ini.

Dia yang hadir bersama rakan-rakannya mengenakan pakaian berkebaya labuh berwarna hitam dan berkain batik bersama hiasan bunga di kepala dan payung kertas bagi memenuhi tema ‘Bangga Malaysia’. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini