Di sebalik kemeriahan platform penstriman muzik masa kini, masih ada pencinta muzik tanah air yang sentiasa dahagakan lagu-lagu lama yang hanya dapat dinikmati melalui piring hitam.
Maka, Fujiyama Records Ipoh di Jalan Sultan Idris Shah, dekat sini, boleh disifatkan sebagai oasis buat mereka yang benar-benar meminati koleksi muzik dari era sekitar tahun 60-an hingga 90-an.
Premis dua tingkat yang menampilkan konsep vintaj itu menempatkan ratusan koleksi piring hitam, cakera padat serta pelbagai pakaian terpakai premium yang hampir kesemuanya diimport dari Jepun. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak