Polis masih belum membuat sebarang tangkapan susulan kes nota berbaur ugutan yang ditemukan bertaburan di ruang hadapan rumah ibu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, di Ayer Tawar, Manjung, awal bulan ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini polis juga sudah merakam percakapan 11 individu termasuk ibu bapa dan jiran berhampiran bagi membantu siasatan kes berkenaan.