TELUK INTAN – Sebanyak 42 kawasan ‘hotspot’ dan 32 kawasan ‘blackspot’ akan diberi tumpuan Polis Perak dalam Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 15 hingga 20 Februari 2026.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tumpuan akan diberi dengan meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan yang merekodkan aliran trafik berkepadatan tinggi serta sering kali berlaku kemalangan. – MGPerak





