MGPerak: Ops Khas Aidilfitri: 800 Kes Pandu Kenderaan Lebih 170km Sejam

194

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) mengesan sebanyak 16,142 kes pemanduan melebihi 130 kilometer (km) sejam di seluruh negara pada Ops Khas Hari Raya Aidilfitri, sejak 1 April lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah itu, 95 peratus dikesan memandu pada kelajuan 130 km sejam hingga 170 km sejam.

Katanya, manakala 5 peratus atau 800 kes lain membabitkan pemanduan kenderaan melebihi 170 km sejam.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini