IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan sebanyak 112 notis kesalahan pada Operasi Khas Sembilan Kesalahan Utama di sini, pada Jumaat.
Timbalan Pengarah JPJ Perak, Mohd Azmi Jaafar berkata, pendekatan operasi dilaksanakan secara sekatan jalan raya melibatkan 107 kenderaan diperiksa dan membabitkan kekuatan 20 pegawai dan anggota.
Katanya, daripada keseluruhan jumlah yang dikeluarkan, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar merekodkan jumlah tertinggi iaitu 25 kes dan selebihnya 87 kes. – MGPerak





