Masyarakat Orang Asli di Perak disaran supaya bergiat aktif dalam pembangunan sektor ekopelancongan kerana ia berpotensi memberi impak positif besar kepada kawasan setempat.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, usaha secara kolektif melalui penubuhan koperasi dilihat sebagai pendekatan paling berkesan bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati secara menyeluruh oleh penduduk kampung.
Katanya, justeru pembangunan kawasan ekopelancongan yang diwujudkan seperti di Kayuh D’Tonggang di Tanjung Rambut dan Taman Eko Rimba Lata Kinjang di Tapah harus dijadikan contoh di setiap perkampungan Orang Asli di negeri ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #OrangAsliPerak





