MGPerak: Pasak Bantu OKU TVET Cari Pekerjaan Sesuai Mulai Tahun Hadapan

1

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bukan sahaja menyediakan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan orang kurang upaya (OKU), malah kerajaan negeri merancang supaya agensi itu turut membantu mencarikan pekerjaan bersesuaian untuk mereka mulai tahun hadapan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, Datuk A Sivanesan berkata, langkah itu bertujuan memastikan OKU tidak lagi tercicir daripada peluang kerjaya selepas menamatkan latihan.

Menurutnya, program TVET OKU menunjukkan peningkatan penyertaan yang ketara, dengan 130 peserta mengikuti 10 kursus pada 2022, manakala 224 peserta mengikuti 15 kursus pada tahun ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #OKUTVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini