IPOH – Pasar Besar Ipoh yang terletak di tengah pusat bandar raya di sini menjadi lokasi tumpuan pengunjung membeli barang mentah untuk menyiapkan juadah bagi meraikan 1 Syawal.
Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) mendapati kebanyakan pengunjung membuat persiapan akhir dengan mengunjungi pasar itu kerana mudah untuk mendapatkan bahan utama seperti ayam, daging lembu, ikan, santan serta sayur.
Rata-rata pengunjung datang seawal jam 5 pagi bagi mendapatkan bahan keperluan yang segar dijual di pasar berusia lebih 50 tahun itu. – MGPerak