IPOH – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan untuk mematuhi pekeliling berkaitan pembangunan kawasan gua dan kaki bukit yang akan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak dalam masa terdekat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Pengarah Tanah dan Galian PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip itu diwujudkan pada 2022 bagi pembangunan di kawasan kaki bukit dan dalam gua batu kapur di negeri ini selamat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak