IPOH – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak boleh mewajibkan mana-mana pengusaha premis berasaskan makanan serta minuman untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ini kerana tindakan itu dilihat cuba untuk melangkaui bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung perkara berkenaan. – MGPerak