Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menetapkan 1 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk menentukan tarikh pendengaran permohonan jaminan terhadap seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu.
Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan penghujahan bertulis serta hujahan balas secara serentak sebelum atau pada tarikh pendengaran tersebut.