Pejabat Pos Menglembu akan ditutup pada Disember susulan pelaksanaan projek perintis pembuktian konsep (POC) oleh Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang dijangka mula beroperasi pertengahan November ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu Chaw Kam Foon berkata, projek perintis ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggantian operasi pejabat pos dengan pengendalian ejen terlantik oleh Pos Malaysia.
Menurutnya, pihaknya telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Pos Malaysia bagi memberikan penerangan jelas berhubung pelaksanaan projek serta penutupan pejabat pos berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PosMalaysia