MGPerak: Pelancong Antara Yang Teruja Berjalan Kaki Harungi Laut Terbelah Di Pulau Pangkor

1

Fenomena laut seolah-olah terbelah yang berlaku pada awal Februari setiap tahun terus menjadi tumpuan pelancong ke Pantai Teluk Nipah di sini apabila mereka berpeluang berjalan kaki merentasi beting pasir sejauh kira-kira 400 meter menuju ke Pulau Giam.

Fenomena semula jadi itu menyebabkan paras air laut surut sehingga membolehkan pengunjung merasai pengalaman luar biasa berjalan di dasar laut cetek yang dipenuhi pasir dan hidupan laut kecil.

Pelancong antarabangsa dari Switzerland, Alf Zeigler, 64, berkata, dia berasa teruja dan tidak menyangka fenomena tersebut menarik kehadiran begitu ramai orang sehingga suasananya seakan-akan sebuah pesta besar. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #lautterbelah #pulaupangkor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini