Kegusaran pelancong yang berkunjung ke Pulau Bebas Cukai, Pulau Pangkor, ekoran ketiadaan air bersih akhirnya selesai selepas bekalan air kembali seperti biasa pada 20 Februari lalu.
Tinjauan MG Perak di Pulau Pangkor mendapati, pelancong mula berkunjung ke pulau peranginan berkenaan selepas mengetahui bekalan air bersih kembali normal daripada pengusaha penginapan yang ditempah.