Kerajaan Negeri Perak telah menerima laporan lengkap berhubung insiden seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan terkenal di Taman Saikat, Gunung Rapat, dekat sini.
Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee berkata, hasil siasatan berhubung laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri pada Isnin.
Katanya, perkara itu juga rentetan lawatannya bersama pegawai kerajaan, agensi serta wakil rakyat setempat ke lokasi kejadian baru-baru ini.