Sebanyak 1,000 unit kediaman baharu disasarkan dibina setiap tahun di bawah Inisiatif Pembaharuan Semula Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di negeri Perak menerusi pelaksanaan Skim Rumah Ibu.
Pengasas merangkap Presiden Rumah Ibu Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, inisiatif tersebut memberi peluang kepada pemilik tanah lot RPT untuk membina rumah di atas tanah milik mereka dengan harga bermula RM98,000 sehingga RM238,000 seunit.
Katanya, pelaksanaan skim itu tidak hanya menumpukan kepada pembinaan rumah, sebaliknya ia turut melibatkan khidmat menyeluruh termasuk urusan kelulusan pelan, bantuan pembiayaan melalui institusi kewangan, dan kaedah pembiayaan sewa beli atau ‘rent to own’. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #RancanganPerkampunganTersusun