MGPerak: Pemimpin Bebas Ke Sekolah Asalkan Buat Permohonan dan Bebas Unsur Politik

64

Perak menegaskan tiada sekatan atau larangan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin politik termasuk pembangkang ke kawasan sekolah di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, bagaimanapun ia terlebih dahulu perlu membuat permohonan sebagaimana yang digariskan di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, menurut garis panduan terbabit, tokoh politik yang ingin mengadakan lawatan ke sekolah perlu membuat permohonan kepada Ketua Pendaftar iaitu Ketua Setiausaha KPM atau Ketua Pengarah Pendidikan dalam tempoh 30 hari sebelum program diadakan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #KPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini