Parit: Pendaftaran pengguna sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Perak masih rendah iaitu hanya sekitar 5.7 peratus setakat Rabu, kata Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Perak, Mohd Ridauddin Masud.
Menurut beliau, dianggarkan lebih 107,000 daripada 1.8 juta rakyat berusia 19 tahun ke atas di Perak yang mendaftar dan selesai mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem PADU sejak dilancarkan 2 Januari lalu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak