IPOH – Pendakwah Orang Asli, Wan Masindra Juja, 44, telah melalui perjalanan daripada mencari jawapan mengenai agama kepada berdakwah kepada masyarakat untuk mendalami agama Islam.
Usaha dan dedikasi beliau sepanjang dua dekad berdakwah mendapat pengiktirafan selepas dipilih menerima Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak.
Bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini turut meluahkan rasa syukur dan menjelaskan bahawa anugerah tersebut adalah dorongan besar kepada pendakwah, khususnya yang datang daripada latar belakang bukan Melayu, untuk terus berdakwah di lapangan membawa mesej Islam. – MGPerak