IPOH – Lebih 1,000 penduduk berdepan gangguan bunyi bising dan pencemaran habuk dipercayai berpunca daripada operasi sebuah kilang memproses pasir yang terletak di Jalan Ampang berhampiran Tambun di sini.
Kilang berkenaan yang didakwa beroperasi sehingga lewat malam bukan sahaja menimbulkan gangguan bunyi, malah menyebabkan habuk berterbangan ke kawasan perumahan berhampiran.
Antara kawasan yang didakwa terjejas termasuk Kampung Melayu Rizab Tambun, Taman Seri Tambun, Taman Rimba Tambun, Desa Tambun serta dua sekolah di sekitar kawasan tersebut. – MGPerak