MGPerak: Penerima Anugerah Khas Maal Hijrah Perak Mahu Jadi Guru Lahir Ramai Anak Orang Asli

182

Satu-satunya pelajar cemerlang Orang Asli yang meraih 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 18, antara penerima anugerah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya di sini pada Ahad.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah itu menerima Anugerah Khas yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sekali gus membawa pulang hadiah berupa komputer riba, wang tunai, plak serta sijil. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini