TELUK INTAN – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.
Lelaki berusia 57 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Nurhamizah Shaffiuddin.
Tertuduh didakwa merogol anak perempuan tunggalnya yang berusia 21 tahun ketika kejadian, yang mengikut hukum agama hubungan mangsa dengan tertuduh tidak dibenarkan untuk berkahwin. – MGPerak