IPOH – Perak bukan sahaja kaya dengan hasil bumi, malah turut sarat dengan seni budaya yang membentuk jati diri negeri serta menjadi akar tunjang kebanggaan rakyat dan wajah Perak di mata dunia.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun, warisan seni yang dibanggakan itu berdepan cabaran besar apabila arus globalisasi dan pengaruh budaya popular asing semakin mudah memikat generasi muda.
Menurutnya, jika generasi muda tidak dibimbing, seni tradisi negeri ini dikhuatiri akan tersisih, malah ada yang berisiko pupus kerana ketiadaan pewaris sebenar. – MGPerak