Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Negeri Perak bersetuju membekalkan air ke Pulau Pinang memberi isyarat bahawa pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Kerian dapat dipercepatkan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara yang dimumkan Perdana Menteri itu merupakan berita baik memandangkan kerajaan negeri menjangkakan pembinaan LRA mungkin memakan masa yang lama. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak